

Pelanggan yang membuat bayaran deposit dianggap telah bersetuju sepenuhnya dengan terma dan syarat Pink Poppy.
Segala maklumat peribadi pelanggan seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat adalah sulit dan dilindungi sepenuhnya.
Maklumat ini hanya digunakan untuk tujuan rekod dan pengurusan fail dalaman Pink Poppy sahaja, dan tidak akan dikongsi atau disebarkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran pelanggan.

Tidak dibenarkan menanggalkan tag Pink Poppy.
Tidak dibenarkan mencabut, mengubah atau menambah sebarang bunga gubahan yang telah disewakan.
Sebarang perubahan reka bentuk bunga hanya boleh dibuat sebulan sebelum majlis. Selepas tempoh ini, caj minimum sebanyak RM5 bagi setiap dulang akan dikenakan (bergantung pada jenis perubahan).
Pertukaran dulang hanya dibenarkan sekiranya stok masih ada.
Senarai hadiah barang hantaran mestilah disemak dan disahkan semasa penyerahan hadiah hantaran. Sebarang penukaran hadiah hantaran akan dikenakan caj sebanyak RM5 bagi setiap barang. (Contohnya: Bag dan jam tangan ingin digabungkan atas satu dulang, atau atas dulang berasingan.)
Caj untuk menyusun semula barang hantaran adalah sebanyak RM5 bagi setiap dulang untuk setiap kali ubah suai. Sebarang permintaan khas perlu dimaklumkan semasa penyerahan barang hantaran. (Contohnya: Coklat ingin disusunkan dalam kotak packaging original atau ingin dikeluarkan dan diletakkan dalam glass box.)
Untuk memastikan barang hantaran anda kekal cantik dan selamat, serta bagi menjaga susunan bunga dan dulang Pink Poppy, pelanggan tidak dibenarkan untuk menyusun semula hantaran sendiri tanpa kebenaran pihak Pink Poppy.
Sekiranya pelanggan menggunakan dulang sendiri tetapi ingin mendapatkan servis gubahan dan susun barang daripada pihak Pink Poppy, potongan sebanyak RM5 akan diberikan daripada harga pakej yang dipilih.
Pink Poppy tidak menyediakan sebarang servis tambahan seperti (tampal duit pada frame Ijab Qabul, cucian dulang pelanggan atau tepak sirih). Oleh itu, pelanggan perlu memastikan barang hantaran diserahkan dalam keadaan baik dan bersih. Jikalau servis tambahan diterima, caj minimum sebanyak RM20 akan dikenakan untuk setiap servis.

Booking hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh majlis.
Tempahan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 30 hari sebelum majlis akan dikira sebagai “urgent order” dan akan dikenakan caj segera sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan sewaan. Pelanggan juga hanya dibenarkan memilih rekaan bunga Pink Poppy sahaja.
Tempahan yang dibuat kurang daripada 10 hari sebelum majlis, pelanggan hanya boleh memilih rekaan yang sedia ada di butik.
Hadiah dan barang-barang dulang hantaran hendaklah dihantar 2 minggu sebelum tarikh majlis.
Sekiranya barang hantaran dihantar lewat, iaitu dalam tempoh kurang daripada 4 hari sebelum majlis, tempahan tersebut akan dianggap sebagai urgent order dan akan dikenakan caj tambahan sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan sewaan — walaupun tempahan dan deposit telah dibuat.
Tempoh sewaan adalah 5 hari sahaja.
Bagi pelanggan yang menyewa tapak dulang sahaja (tanpa gubahan bunga daripada pihak Pink Poppy), tempoh sewaan adalah selama 7 hari. Ini bertujuan memberi masa mencukupi kepada pelanggan untuk melakukan susunan barang dan gubahan bunga sendiri.
Lanjutan tempoh sewaan akan dikenakan caj tambahan sebanyak RM5/dulang/hari.
Pengambilan paling awal adalah 2 hari sebelum majlis. Jika pengambilan dibuat lebih awal, caj sebanyak RM5/dulang/hari akan dikenakan.
Pelanggan wajib membuat temujanji waktu pengambilan dan pemulangan dulang melalui WhatsApp bagi mengelakkan pertindihan slot dengan pelanggan lain.
Sekiranya pelanggan datang lewat daripada waktu temujanji yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan pertindihan dengan slot pelanggan lain, pihak Pink Poppy berhak menjadualkan semula temujanji tersebut ke waktu lain yang tersedia (slot seterusnya) mengikut kekosongan.
Sekiranya barang hantaran dihantar lewat, iaitu dalam tempoh kurang daripada 4 hari sebelum majlis, tempahan tersebut akan dianggap sebagai "urgent order" dan akan dikenakan caj tambahan sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan sewaan, walaupun tempahan dan deposit telah dibuat.

Bayaran deposit sebanyak RM100 (1 - 5 dulang) atau RM200 (6 dulang ke atas) perlu dibuat semasa membuat tempahan bagi mengesahkan tempahan.
Tempahan tidak akan dianggap sah sekiranya deposit belum dijelaskan, walaupun dulang dan bunga telah dipilih.
Sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan pada mana-mana barang milik Pink Poppy (contoh: barang pecah, dulang bengkok, bunga rosak dan sebagainya), wang cagaran tidak akan dipulangkan.
Pihak Pink Poppy juga berhak menuntut ganti rugi sekiranya terdapat kerosakan pada barang sewaan.
Pink Poppy tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan atau insiden yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan berada di bawah jagaan pelanggan.
Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan pada mana-mana dulang, caj ganti rugi sebanyak RM200 untuk setiap dulang akan dikenakan.
Wang cagaran akan dipulangkan selepas semua item yang disewa dipulangkan dalam keadaan baik. Ini termasuk bunga, tapak dulang, aksesori, props, sirih junjung dan kotak khas untuk pengangkutan dulang.
Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan tempahan selepas membuat bayaran deposit atau melanggar mana-mana terma dan syarat Pink Poppy.

Semua bayaran perlu dibuat melalui transaksi atas talian ke akaun berikut:
Maybank Berhad
Pink Poppy Marketing
5624 7819 8796
Bukti pembayaran perlu dihantar melalui WhatsApp untuk tujuan pengesahan.
Baki bayaran sewaan perlu diselesaikan sepenuhnya sebelum dulang dibenarkan untuk diambil.
Sebarang pertanyaan berkaitan bayaran boleh diajukan kepada Kak Maria di WhatsApp 011-56883356.

Tempahan hendaklah diambil dan dipulangkan di premis kami di 18AF, First Floor, SU Mall, Jalan Bidara 8, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor, atau di lokasi lain yang telah dipersetujui oleh Pink Poppy.
Sebarang perubahan pada tempahan (seperti design bunga, susunan barang, tambahan dulang) semasa waktu pengambilan tanpa makluman awal akan dikenakan caj segera (urgent fee) sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan sewaan.
Pink Poppy tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan dulang. Jika pelanggan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, sebarang kerosakan atau kehilangan semasa penghantaran adalah di bawah tanggungjawab pelanggan.
Barangan yang disewa akan diperiksa ketika pemulangan barang.
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan barangan yang disewa mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik semasa memulangkan barangan tersebut.

Sebarang pembatalan selepas bayaran deposit perlu dimaklumkan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh majlis.
Sekiranya pembatalan dibuat selepas tempoh tersebut, deposit tidak akan dipulangkan.
Hubungi Pink Poppy